Same jugak macam story sebelum ini... Ini adalah entry yang da lapuk dek usang... Hehehehe... Alasannya same jugak, sayang kalau xstorykan... membazir jer amik picture yer tak.... Ok, ini kali buah hati membawa aku dan Farra makan tengahari di Nasi Kandar Padang Kota... Biaselah nama pun, nasi kandarkan... so orang yg menyediakan perkhidmatan tu pun warna kulitnye ala-ala gitu....
Inilah kunjungan aku untuk pertama kalinya... Ramai jugak pengunjung yang makan di sini... Pelbagai kaum, dan pelbagai aksi mereka... Suasana yang selesa dan boleh dikategorikan tempat makan yang mempunyai persekitaran yang bersih dan pemandangan kedai yang mengadap tempat parking kereta berhadapan dengan jalan besar besar....
Lihatlah mukeku yang berkilat akibat kepanasan yang berada di tahap melampau... Lagipun kan ker kari... PANASSSSSSSSSS....
Info dari Internet mengatakan :-
Nasi kandar ialah sejenis masakan Malaysia popular yang berasal dari Pulau Pinang. Nasi kandar terdiri dari nasi kukus yang berasa tawar atau sedikit berperisa, disaji bersama aneka kari dan masakan sampingan.
Nama nasi kandar timbul sewaktu zaman kelihatan penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi. Nasi kandar boleh dijumpai di kebanyakan kedai makan Tamil Muslim atau Mamak.
Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu setinggi tiga kaki yang menghasilkan bau wanginya. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng; sayur-sayuran seperti terung, bendi atau peria, tidak lupa juga dibanjiri campuran sos kari untuk memberikan beraneka rasa pada nasi.
Mengikut tradisi, nasi kandar selalu dihidangkan bersama hidangan sampingannya dalam satu pinggan. Apapun, campuran sos kari sentiasa dicurahkan terus pada nasi.
No comments:
Post a Comment