Monday, July 6, 2009

~ CeRaMaH AgAmA MiNgGuAn KeRaJaAn NeGeRi ~

Selesai jer Mesyuarat Pagi minggu lepas, aku pun beredarlah dari Bilik Mesyuarat ke meja ku yang semaknya usahlah disebut lagi.... Meja aku ni kalaulah xde fail2 yang bersepah2 di atas meja, pecah rekod bukan meja akulah itu... Hehehehehe...
Sambil menggeleng kepale mengenangkan nasib diri meja ku itu, tetibe aku terpandang sehelai surat berkepala Jabatan... Alamak!!! Surat apakah itu??? Surat kene p kursus ker??? Adoiiiiii, lemahnya... Aku pun dengan lemah longlainya mengambil surat tersebut dan menitip bait2 perkataan yang tertera di atas lembar kertas itu....


Hehehehe... Surat diminta hadir ke Ceramah Agama Mingguan Kerajaan Negeri Melaka rupa2nya.. Chehhh... Bikin suspend jerla... Setahu aku rasanya da 2 kali aku tuang pergi ke ceramah tersebut... Almaklumlahhhhh... Keje banyak menimbun2... Yang bestnye dalam surat tu adalah pulak ayat mengatakan : Kehadiran pegawai adalah diwajibkan... Macam tau2 jer ek... Yer boss.... Saya menurut perintah....
Ceramah yang mengambil masa hampir sejam setengah tu, berkisahkan Pembudayaan Integriti Dalam Perkhidmatan Awam... Melalui ceramah ini adalah untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Melaka yang ingin menghasilkan penjawat awam yang berkualiti dan berintegriti.

Daripada ceramah tersebut, sedikit kesimpulan yang dapat aku simpulkan adalah :-
i) pengurusan masa berteraskan keimanan
ii) muhasabah diri dalam merancang segala aspek
iii) budaya kerja cemerlang
iv) piawai kecemerlangan dan tugasan yang bersistematik

No comments:

Post a Comment