Wednesday, July 15, 2009

~ HaKiKaT PeRnIkAhAn, ReNuNgKaNlAh... ~

Ada banyak alasan manuasia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat seperti apakah yang paling membahagiakan??? Cuba lihat... Di manakah pilihan kita???
* Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan akan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.
* Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika salah seorang daripadanya bangkrup/muflis.
* Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan akan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gemuk/gendut.
* Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.
* Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika salah seorang daripadanya berubah tingkah laku.
* Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI/PERGI.
* Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya Allah itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan Allah mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tiada alasan apapun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai ALLLAH...

No comments:

Post a Comment