Thursday, July 9, 2009

~ BaLiK KaMpUnG LaGi .... ~

Seperti yang pernah aku luahkan sebelum ini, level emosiku terganggu ditahap kritikal pada minggu lepas telah aku jumpe puncenya... Cara mengatasinye aku perlu balik ke kampung... Oleh yang demikian aku telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung pd pg sabtu yang lepas. Seperti biase perancangan aku untuk bertolak dari rumah adalah seawal pagi.. Tapi sebagai manusiakan... hanye mampu merancang... Chewahhhh... Perancangan awal pagi telah terlangsung kepada pukul 9 pagi... Hehehehe... biasalah tu...


Aku mengambil keputusan sebelum memulakan perjalanan perutku, perut anak2ku serta perut body2 guardku perlu diisi terlebih dahulu... Macam kereta gak, sebelum jalan kene isi minyak dulu... Barulah perjalanan berjalan dengan lancar tanpa ade sebarang permasalahan yang timbul...



Sampai sahaja di kampung, aku segera ke pusara arwah suamiku... Aku tak tahulah kenapa aku berasa terlalu rindu kepadanya... Terlalu rindu... Seminggu yang lalu, aku asyik terkenangkannye... Walaupun sebenarnya suamiku itu sepanjang hayatnya sebagai suami dan ayah kepada anak2ku banyak kekurangan dari kelebihan tetapi sebagai isteri aku tetap menyayanginya... Sebagai manusia biasa, semestinya ade kelebihan dan kekurangannya... Terus terang aku katakan, aku menjadi x sabar untuk melawat ke pusaranya...



Setelah aku menyedekahkan bacaan Yaasin dan doa kepadanya, seperti biasa aku akan bercerita mengenai hal2 aku dan anak2 kepadanya... Walau pun aku tahu cerita aku tiada sebarang respond darinya, tapi hati kecilku tetap mengatakan dia sebenarnya mendengar segala luahan hatiku... Itu aku pasti. Aku xtahu, kenapa kedatanganku kali ini amat memilukan hatiku... Aku menangis sepuas2nya... Seingatku itulah kali kedua airmataku tumpah di pusaranya setelah 10 bulan dia pergi selamanya meninggalkan aku dan anak2...


Mengapa tembok ketabahanku runtuh ketika itu??? Aku mengeluh panjang... Aku telah mendidik diriku supaya sabar, tabah, tekad dalam mengharungi segala2nya demi anak2... Adakah aku tewas???? Ohhhh...sama sekali tidak.... Aku perlu kuat... Lagi kuat sebelum ini.... Insya Allah, demi anak2 dan sokongan dari buah hati aku akan mengharungi segala onak duri ranjau belukar... Aku tetap akan harungi....



Selepas menangis, hatiku berasa lega... Aku perlu kembali kepada normal.. Seperti biase.. Seboleh2nye aku xnak anak2ku tahu yang umminye sedang bersedih... Mahupun orang2 disekelilingku... Biarlah mereka menganggap aku wanita yang kuat, sentiasa gembira, tiada masalah walaupun hakikatnya aku tewas ade waktunya...


Balik jer dari pusara, aku terus ke dapur memulakan operasi untuk memasak bagi lunch kami.... Hehehehe... Itukan rutin wajibku ketika berada di kampung... Kali ini seperti yang diplankan awal2 aku masak tomyam sotong+udang, ayam goreng, sambal ikan keli n jagung rebus...



Gelagat heroku yang sememangnya hantu jagung...


Nana makan di samping Atuk Busunya...


Waktu ini aku sedang memujuk akim yang enggan makan


Sambal Ikan Keli Kegemaran Arwah Suamiku


Jagung yang aku beli di Pasar Melaka Sentral


Ayam Goreng yang rangup kegemaran seisi keluarga


Tomyam Sotong+Udang yang teramatlah bestnye....



Buah rambutan yang menjadi mangsa kamia anak beranak...


Setelah selesai makan, dan mengemas pinggan mangkuk di dapur, aku dan anak beranak terus serang ke pokok rambutan... Apa lagi duk makanla.... Sampai botak pokok tu aku dan anak2 kerjakan... Setelah kekenyangan, tetibe aku terasa perut ku seperti memulas... Sakit secara tibe2... Itu yang aku ambil keputusan untuk merehatkan diriku sambil baring2 di depan tv.. Xku sangka mungkin disebabkan kekenyangan dan keletihan aku terlelap sehingga pukul 4.30 ptg... Alamak, dah lewat nak balik ni... Mandi2, siapkan anak2 terus kami anak beranak pulang ke rumah... Untuk arwah suamiku, insyaAllah kalau ummi free nnti ummi balik bawak anak2 jenguk ayah lagi k...

No comments:

Post a Comment