Tuesday, September 29, 2009

~ CiNtA LeLaKi PeLiK & UnIk ~

CINTA lelaki memang pelik dan aneh, tetapi unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis.Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis, mudah pula berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semua ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami, ada kala lunak tetapi selalu keras dan kurang simpati.

Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri. Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui:

1) Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
2) Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
3) Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.
4) Mencemburui kekasih atau isteri, lantas akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.
5) Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri.
6) Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak me numpukan perhatian penuh padanya.
7) Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan.
kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau isteri.
8) Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut da ripada kekasih atau isteri.
9) Lega apabila pasangan memujuknya.
10)Gelisah apabila berjauhan dengan kekasih atau isteri.
11)Kerap menelefon dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS).
12)Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isteri.

~ AiR TeRjUn BuKiT SeBuKoR ~





Negeri Melaka sememangnya dikenali sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang terunggul di Malaysia dengan keunikan warisan budayanya yang tersendiri, tempat-tempat bersejarah untuk dilawati dan pastinya makanannya yang begitu enak dan unik sekali. Chehhhh... Angkat bakal, masuk sendiri... Bangga weiii, jadi anak jati negeri ini.

Slogan Melaka “Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia” secara ringkas sudah dapat memberi gambaran apa yang dapat disajikan kepada pelancong oleh penduduk berbilang kaum di sini. Kelainan ini meletakkan Negeri Melaka sebagai salah sebuah destinasi pelancong yang terbilang di Rantau Asia.
So salah satu destinasi perlancongan yang boleh dilawati adalah Air Terjun Bukit Sebukor... Picture ni aku amik dr dalam kereta, time tu traffic light merah.. So sempatlah... Marilah sama2 kita mencuci mata melihat pemandangan sekitar Air Terjun Bukit Sebukor buatan manusia yang menelan belanja jutaan ringgit ini. Adakah ianya termasuk duit aku... Ohhhh... tidakkkkkkkkkk...

~ BaIk2 SaYaNg... ~

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang


Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku


Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu


Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

~ HaRgA DiRiKu... ~

Semalam dalam perjalanan pulang ke rumah dari opis... aku terdengar lagu Harga Diriku ni di mp3 Nasya, adik driverku... Macam best jer bait2 liriknye... Aku x kenal sbenarnye siape tuan yg empunye lagu itu... Pentingkah... Ohhh... Tidak... Yang penting liriknye mencuri hatiku... Aku suke....
Di dirimu aku menemukan
Yang mencintaiku
Yang menyayangiku
Di dirimu aku ketakutan
Kau biarkanku
Kau tinggalkanku
Bila kamu tak lagi denganku
Ku tak tahu apa ‘tuk jalani hidupku
Bila memang kau pergi dariku
Ku tak ada lagi di dunia ini

Mengertikah kau siang malamku
Dan tangis tawaku
Kau semua hidupku
Pandang aku pandanglah hatiku
Aku tak mampu melangkah tanpamu

Bukan ku tak punya harga diri
Tapi dirimu begitu berarti
Kaulah nafasku engkau harga diriku
Mengerti aku….

~ Coretan Buat AnAk2 UmMi ~

Tiada kata secantik bahasa... Cume gelagat anak2 yang mengubat hati yang duka lagi nestapa.. Ketahuilah hanya kamu semua jerla harta ummi di dunia dan akhirat sana... Ummi berbangga memiliki kamu semua... Walau pun perit jerih ummi ini hanya Allah yang tahu segala... Percayalah ummimu ini akan lakukan yang terbaik demi anak2 kesayangan ummi... InsyaAllah... Mentari bahagia akan menyinari hidup kita bersama...
















Monday, September 28, 2009

~ SaNtApAn RaYe ~

Sape2 yang datang ke rumahku time2 raye ni... Inilah juadah yang ku hidangkan... Kuih raye pelbagai jenis... Macam tahun2 sebelum ni jugaklah... semuanye disponsor oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Melaka... Aku difahamkan kuih2 sponsor ni Usahawan Bantuan Ekonomi Kampung (BEK) yang buat...
Sedap ker idak rasenye, mohla datang guma tolong rase n tolong peghabiskan... sumenye best2 tau... xrugi kalau makan pun... Ini sebahagian jer tau... ade sebahagian lagi yang bersusun kat rak tu... Jangan terperanjat masih dalam plastik lagi... Hehehehe.. xde balang arr nak isi...




~ CaDaR GhAyE UmMi ~

Inilah dia rupe bentuknye cadar raya aku... Ingatkan nak gune cadar baru yang aku beli sebelum ni... Tetapi memandangkan colour langsir tahun ini ala2 kemarronan... so kenalah cari cadar yang same temanye... ala2 marron gitu... so lihatlah.. inilah dia Cadar Ghaye Ummi untuk tahun 2009....


~ LuNcH D GeRaI No.6 ~

Ini cerita hari raya ke 7. Dalam perjalanan balik ke kampung, buah hati membawa aku dan anak2 mencari tempat untuk mengisi perut bagi makan tengahari... Time tu kebanyakan kedai makan masih lagi tutup... Especially kat Telok Mas. Jalan punye jalan baru aku teringat kat Medan Selera ni.. Dulu time husband aku ade, dia ghajin bawak aku makan kat sini.. Sebab kat sini ade kedai makan yang menyajikan Masak Asam Pedas. Aku ni kan xmakan masak asam, n x reti nak masak pun... So di situ jerla husband aku dapat memenuhi kehendak citerase tekaknye... Tapi kalinye buat kali pertamenya aku datang bersama buah hati n anak2...
Kita orang makan nasi campur+ayam goreng jer bersama air sirap suam... Masing2 mengambil lauk yang berbeza mengikut citarase sendiri... Tiade ape yang menarik untuk dikongsikan. Just tataplah picture2 di bawah ni yer... Biarlah picture yang menyetorykan aper yg berlaku dan terjadi....


percaye tak kalau aku kate,ayam ni just 2 ketul jer...banyaknye..

pilihan aku-nasi putih+syur masak lemak+ikan keli sambal

Myra.. ape wat tu syg???

seriusnye buah hati..nmpak garangkan?? tapi hatinye baik..

muke berpeluh..akibat kepanasan yang terlampau

hero yg makin hari makin nakal...

pemandangan kedai..yang tshirt biru tu tauke kedai

seriusnye syg ummi ni...

berpeluh, kepanasan, panas2...

ini ape pasal 2 org anak dara ummi ni...dok gigit sudula plak

ini aper plak paternnye ni...lapo ker knyang ni...

myra, nape mulut ternganga syg...

cerita diakhiri dgn picture saki baki balance makanan kami...ayah, ummi makan abis..ank2 jer tidak

Sunday, September 27, 2009

~ BaWaLaH DaKu BeRsAmAmu ... ~

Bawalah daku bersama mu
Ke alam baru yang indah
Usah kau biar hati ini
Meratap berduka kesepian
Berikan daku pengharapan
Membina cinta yang suci
Padamu jua ku curahkan
Kasih sayangku yang abadi
Ku ingin di sisimu
Di belai tiap waktu
Tanpamu ku sepi
Merindu menanti
Ku mengharapkan dikau kembali
Kenanglah daku di hatimu
Seindah waktu bertemu
Bawalah daku bersama mu
Menempuh jalan yang bahgia


P/S - Lagu ini aku dengar semalam kat NONA TV3.. Azean Irdawaty nyanyi live lagi... Walau pun lagu ni usianya da berabad kurun tapi bait2 liriknya.. Menyentuh perasaan... Biasalah aku ni kan evergreen...

~ ZaKaT FiTrAh 1430H ~




Apakah yang dimaksudkan dengan Zakat Fitrah? Begini yer adik2... Zakat fitrah adalah merupakan zakat diri ke atas semua Muslimin tanpa mengira kedudukan atau status mereka.
Hadith riwayat Ibnu Umar telah berkata :-
" Rasulullah S.A.W mewajibkan zakat fitah dengan kadar satu sha (2.4 kg) makanan rugi iaitu tamar atau jagung atas semua org Muslimin, hamba sahaya, orang merdeka, lelaki, perempuan, kecil mahu pun dewasa. Beliau memerintahkan agar diberikan kepada fakir miskin sebelum keluar melakukan solat Aidilfitri". ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Ini adalah bertujuan untuk menngembirakan fakir miskin pada hari raya serta menampung kekurangan ibadah puasa yang kita lakukan.
Hadith daripada Ibnu Umar berkata :-
"Rasulullah mewajibkan zakat fitrah sebagai pembersih daripada perbuatan sia-sia bagi yang puasa, bersetubuh dan memberi makan kepada fakir miskin. Siapa yang menunaikannya sebelum solat Aidilfitri, ia diterima dan jika selepas ia dianggap sedekah.
Ketetapan waktu mengeluarkan zakat fitrah mengikut mazhab Syafie adalah seperti berikut :-
a) Waktu WAJIB - Bermula dari terbenam matahri pada hari terakhir Ramadhan
b) Waktu SUNAT - Pada hari raya selepas solat Subuh iaitu sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri
c) Waktu HARUS - Sebaik sahaja masuknya Ramadhan sehingga hari raya. Jadi seoanjang Ramadhan adalah diharuskan
d) Waktu MAKHRUH - Selepas solat hari raya sebelum waktu Maghrib
e) Waktu HARAM - Sengaja melambatkan pembayaran sehingga masuk waktu Maghrib pada hari raya kecuali atas sebab yang dibenarkan seperti menunggu fakir miskin yang belum tiba.
Kadar zakat mengikut ketetapan pihak berkuasa agama di tempat masing2 dengan mengikut keperluan penduduk setempat. Bagi Negeri Melaka kadar bagi zakat fitrah pada tahun ini adalah same seperti tahun lepas iaitu RM 6.30.
* Aik!!! kenape kopun zakat fitrah di atas itu nilainya RM 7...? kenape puloq Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bukannya Majlis Agama Islam Melaka? Pikiaq la sndiri yer... Pelan2 pikiaq k.. Hehehehehe

Friday, September 25, 2009

~ PaSrAh TeRiMa KeTeNtUaN ~

Andai hati ini boleh dilihat
Pasti ramai yang tidak sanggup melihat deritanya
Sarat dengan sengsara
Namun
Terlindung disilau redha


Andai hati ini boleh berbicara
Pasti ia akan lontarkan cerita yang paling sedih
Bayangan suramnya jiwa
Namun
Tersorok di balik tabir


Andai hati ini boleh berlagu
Pasti ia akan mengalunkan irama yang paling sendu
Luahan luhur dalam diri yang luluh
Namun
Tersekat di tembok sabar


Andai hati ini boleh dilukis
Pasti ramai yang menitiskan air mata
Menyaksikan kesakitannya
Namun
Terpasak di tunjang pasrah


Ya Rabbi
Aku bukannya para Nabi
Yang imannya terus menebal
Aku juga bukan para Malaikat
Yang imannya tetap tak berganjak
Aku hamba-Mu yang serba kekurangan
Yang imannya kadang-kala luas dan adakalanya sempit


Ya Rahman
Andai ini yang kau inginkan
Sebagai suratan perjalanan
Anugerahkan aku kejituan iman
Bentengi dengan kekuatan
Saluti diri dengan keikhlasan


Ya Rahim
Andai ini yang ditakdir
Pasrah terima ketentuan...

~ PeRmAtA HaTi ~

Pertemuan pun berlaku di penjuru mataku

Engkau tidak mengerti dan aku juga tidak memahami

Relakan ia tumbuh menjadi pohon yang subur

Menjulang ke awan, berakar ke dasar bumi

Agar ia berdiri teguh, tak bisa tumbang dipukul ribut, percayalah..

Tiada siapa mempu memisahkan ukhuwah bertunjangkan iman

Allah padaMu kupohon kekuatan.. keredhaan..



Hanya pengharapan mampu kusuarakan

Andai terjadi jua perpisahan kerana kealpaan..

Tersungkurlah aku dalam penyesalan.. dalam kerinduan..

Iringan doa kuutuskan.. teruskan perjuangan..


Kalau merenung bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi

Umpama siang dan malam saling memerlukan, begitulah insan..


Pertemuan tercipta bukan kupinta..Perpisahan terjadi bukan kuingini.. tapi TAKDIR..

~ CiNcIn 1Kn 2 HaTi ~

Cinta sejati akan terus bersemi selama2nya
Ibu jari mewakili ibu bapa
Jari telunjuk mewakili adik-beradik
Jari tengah mewakili diri sendiri
Jari manis mewakili pasangan
Jari kelengkeng mewakili anak2
Petikan puisi nukilan pujangga menjawap persoalan mengapa cincin dipilih untuk disarungkan pada jari manis. Jari manis yang mewakili pasangan adalah tempat yang paling ideal untuk meletakkan sesuatu yang bermakna dalam perhubungan - berharga seperti sebentuk cincin.
Cincin juga ibarat kuasa yang menyatukan dua hati insan yang melafaz janji untuk setia sepanjang hayat.

Walaupun ada pasangan yang inginkan kelainan dengan menggunakan barang kemas lain seperti rantai atau gelang tangan, tidak akan sama nikmatnya seperti menyarung cincin pada jari manis. Dalam kebanyakan adat, cincin diberikan sebagai tanda perkenalan, pengikat serta perkahwinan. Bagi masyarakat Melayu pula, cincin seperti sudah menjadi item wajib bawa semasa majlis merisik dan pertunangan.



Bagi kebanyakan orang Melayu, mereka lebih sukakan cincin emas kuning. Ada yang memberi alasan kerana ia lebih menyerlah dan emas kuning juga diibaratkan seperti pelaburan jangka panjang yang menguntungkan. Betulkah itu??

Thursday, September 24, 2009

~ EtIkA BaTuK ~

Artikel ini aku cedok atau name lainnya aku kopi daripada pamplet oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.

HENTIKAN PENYEBARAN KUMAN-KUMAN YANG MEMBUAT ANDA DAN
ORANG LAIN SAKIT

MENGAPA ANDA MESTI MENUTUP MULUT KETIKA BATUK ATAU BERSIN

Penyakit sistem pernafasan yang serius seperti influenza, batuk kokol, sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS) dan tibi merebak melalui BATUK dan BERSIN. Penyakit2 ini boleh merebak dengan mudah di kawasan yang sesak dengan orang ramai.

ANDA BOLEH HENTIKAN PENYEBARAN KUMAN SEMASA SAKIT

Pakai penutup mulut dan hidung

Palingkan muka daripada orang lain dan makanan
Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan ketika batuk atau bersin

Buangkan tisu ke dalam bakul sampah

Jangan berkongsi sapu tangan atau tuala dengan orang lain

Elakkan menyentuh muka, hidung atau mulut

Basuh tangan dengan sabun dan air bersih atau sebarang cecair antiseptik.

Basuh tangan apabila anda menyentuh :-


a) bahan mentah


b) permukaan tercemar


c) muka


d) hidung


e) telinga


f) lain2 anggota badan anda



Juga basuh tangan :-


a) selepas ke tandas


b) sebelum makan


c) sebelum dan semasa menyedia atau mengendali makanan


d) bila tangan anda kotor