Cinta sejati akan terus bersemi selama2nya
Ibu jari mewakili ibu bapa
Jari telunjuk mewakili adik-beradik
Jari tengah mewakili diri sendiri
Jari manis mewakili pasangan
Jari kelengkeng mewakili anak2
Petikan puisi nukilan pujangga menjawap persoalan mengapa cincin dipilih untuk disarungkan pada jari manis. Jari manis yang mewakili pasangan adalah tempat yang paling ideal untuk meletakkan sesuatu yang bermakna dalam perhubungan - berharga seperti sebentuk cincin.
Cincin juga ibarat kuasa yang menyatukan dua hati insan yang melafaz janji untuk setia sepanjang hayat.
Walaupun ada pasangan yang inginkan kelainan dengan menggunakan barang kemas lain seperti rantai atau gelang tangan, tidak akan sama nikmatnya seperti menyarung cincin pada jari manis. Dalam kebanyakan adat, cincin diberikan sebagai tanda perkenalan, pengikat serta perkahwinan. Bagi masyarakat Melayu pula, cincin seperti sudah menjadi item wajib bawa semasa majlis merisik dan pertunangan.
No comments:
Post a Comment