Wednesday, September 23, 2009

~ HuJaN SMS D MaLaM RaYa ~

Jika dulu, kad keras berhias gambar masjid atau kartun lucu menjadi pengganti diri bagi menyampaikan pesanan Aidilfitri, tetapi kini merentasi masa penggunaan kad raya melalui fasa perubahan.
muke hadapan kad raya
bahagian dalam kad raya

Perubahannya bukan hanya melalui paparan grafik pada kad, malah kad bermuzik yang dulunya sering menjadi pilihan time aku bercinta dulu juga telah dianggap ketinggalan zaman. Walau pun wujudnya pengiriman ucapan hari raya melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS), bagi aku kad raya masih dianggap relevan dan ade nilai sentimental berbanding dengan SMS yang kusam tanpa grafik yang menarik.


sms raya

Walau ape pun kataku, aku mengakui melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ini jugak yang mudah. Tidak perlu bersesak-sesak ke kedai untuk mendapat kad raya dan ia boleh dibaca oleh si penerima di dalam waktu yang singkatiaitu kurang seminit. Ape2 pun jua kaedah yang dgunakan untuk menyampaikan ucapan tulus dari hati yang paling utama ianya adalah keikhlasan tanda ingatan yang tidak pernah padam...


Satu demi satu sms ku terima pada malam raya... Kebanyakannya dari insan2 yang aku kenal.. Yang bestnye dari buah hati kesayanganku pun ade... Tertunai jugak janjinya untuk mengirimkan aku sms raya... Terima kasih sayang... Dan ade juga sms yang aku xtau siapakah gerangan si pengirimnya... Lantaklah aku xnak tahu dan xingin amik tahu... Untuk pengetahuan semua, semua sms itu tidak aku bace habis pun dan satu pun kiriman sms raya itu tidak mendapat balasan dariku... Kenapa??? Hanya aku sahaje yang mengetahuinya.... Ape2 pun, terima kasih banyak2 di atas tanda ingatan kalian pada diriku ini... Terima kasih yer...


Aku titipkan bait2 sms kalian di blog kesayanganku ini yer...



Walillah Ilham... Salam Aidilfitri. Maaf yang tersilap, halal yang terguna, izinkan yang terambil. Jari 10 disusun, kemaafan jua yang dipinta di bulan yang mulia ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Ada ketika mata silap memandang. telinga salah mendengar, lidah terlanjur berkata, fikiran khilaf menafsir, hati silap menduga. Mohon maaf segalanya. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Saudaraku... terlalu berat jiwa ini untuk meninggalkan Raudhah Ramadhan milik Allah . Tuhanmu Tuhanku jua namun Syawal membawa kemenangan milik Nabimu Nabiku jua. Selaku umatnya yang syahdu di Syurga Firdausinya. Selamat HAri Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Maafkan segala kata yang terasa. Segala senyum yang berbahasa. Segala janji yang terlupa dan atas segala detik yang berdosa. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Lisan kadang2 tak terjaga. Janji kadang2 tak tertunai. Hati kadang2 berperasangka. Sikap kadang2 menyakitkan. Hidup ini menjadi indah jika masih ada rasa kemaafan. Selamat Menyambut Aidil Fitri, Maaf Zahir Dan Batin.

Ampun dan maafkan seandainya... Terkasar bahasa. Tersilap bicara. Termarah yang tak kene. Tertanya tak tentu hala. Tersasul yang tak sengaja. Terpukul kat mana2. Terpekik di telinga. Terhantuk di kepala. Termoody tiba2. Terumpat bila2. Termacam2 lagilah. Salam Aidilfitri.

Salam perjuangan bulan Ramadhan hampir kita tinggalkan dan syawal menunggu kita. Sekiranya salah silap terkasar bahasa datangnya dari saya, saya menyusun 10 jari mohon kemaafan. Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga Syawal kali ini memberi seribu makna kemenangan kepada kita semua. Maaf Zahir Batin.

Melawak tak selalu tapi MESRA. Kasih tak dalam tapi KEKAL. Senyuman tak manis tapi IKHLAS. Hati tak rindu tapi TERINGAT. Mesej x kerap tapi INGAT SELALU. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Selamat Hari Raya Semua.

Biar kulit segelap ALMOND LONDON. Asalkan hati sesuci KUIH TAT NENAS. Biar iman sekental DODOL. Jangan senipis REMPEYEK. Biar jiwa selembut BAHULU. Asalkan akhlak secantik KEK LAPIS. senyulah semanis KOPI agar lebaran yang disambut lebih bermakna. Selamat Hari Lebaran.

Salam. Ayat dibaca selembut sutera. Bahasa diucap adakala berbisa. Janji dilafaz tidak semua dikota. Tugasan dilaksana ada yang tak sempurna. Dalam pergaulan ada terguris jiwa. Dalam bersendaloka ada yang buruk sangka. Dalam kenangan ada yang dilupe. Alpa kerana asyik dilanda suka. Demikianlah insan bernama MANUSIA. Mohon diampun segala yang terkata. Agar silaturrahim dan persahabatan berpanjangan jua. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Jika kesilapan semalam belum terampun. Maafkanlah. Jika kesilapan arini menyakitkan, harap dilupakan. Jika kesilapan esok mendatang. Janganlah di bawa ke akhirat. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin...

No comments:

Post a Comment