Boring plak ek, dok asyik nengok menu tu, menu ni... Dahlah bulan puase ni... tengok plak makanan yang pelbagai menu... mau gugur jugak iman yer tak??? Hehehehehe..sebenornye yg xkuat iman tu aku, bukannye orang lain yer tak??? Aku tau pembace blogku ini semestinya orang yang mempunyai iman yang kuat....
So, kali ni aku bercerita pasal lainlah yer.... Berpatah balik pada tittle di atas tu MASA ITU EMAS... Hahhhhh... Marilah dengar tazkirahku ini... (Perghhh... lame dah ek, ustazah x bertazkirah...)
Mula2 aku nak tanye dulu. Adakah masa itu emas..? Tetapi macam mana pula dengan emas ..? bolehkah emas itu dikatakan masa..??? Jeng3....
" Demi masa sesungguhnya manusia kerugian... Melainkan yang beriman dan beramal soleh... Demi masa sesungguhnya manusia kerugian... Melainkan nasihat kepada kebenaran dan kesabaran..."
Gunakan kesempatan yang masih diberi... Moga kita takkan menyesal... Masa usia kita jangan disiakan... Kerana ia takkan kembali... Ingat lima perkara, sebelum lima perkara... Sihat sebelum sakit... Muda sebelum tua... Kaya sebelum miskin... Lapang sebelum sempit... Hidup sebelum mati...''
Korang mesti tahu atau pernah terdengar kata-kata ni... Kalau yang tak tahu tu aku bagi tahulah... sebenarnya aku pinjam kata-kata didalam lagu `DEMI MASA' nyanyian kumpulan Raihan... Bukan ape saja nak mengingat kan korang termasuk le dengan diri aku sekali tentang penting nya masa. Bagi aku, masa itu adalah waktu, waktu itu adalah detik, detik adalah saat dan saat itu juga merupakan langkah. Dan setiap langkah yang kita lakukan semuanya memerlukan masa...
Menurut al-Qardhawi, dalam bukunya Nilai Masa Dalam Kehidupan Muslim, masa perlu dilihat dalam ketiga-tiga fasa iaitu masa lalu, masa kini dan juga masa hadapan. Kita perlu menoleh masa lalu supaya kita dapat mengambil iktibar dan teladan daripadanya... Dalam kata-kata lain masa lalu merupakan sarang segala kejadian atau gudang iktibar dan teladan. Segala kejadian ini bukan lah sia-sia. Malah, Allah mahu kita belajar daripadanya. Ini jelas dalam firman-Nya dalam surah as-Haj, ayat 46, yang bermaksud :
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi ini supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka akan menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar ( tetapi kalau lah mereka mengembara pun tidak juga berguna ) kerana keadaan yang sebenar bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta adalah mata hati yang ada didalam dada...
Merenung kehadapan juga penting bagi kita. Menurut al-Qardhawi lagi, manusia mempunyai tabiat semulajadi yang tertarik kepada masa depan. Jika manusia diberi ingatan untuk mengikatnya dengan masa lalu, manusia juga dikurniakan khayalan yang menggambarkan masa depan dan kemungkinan yang berlaku. Namun, walau dianugerahkan dengan khayalan-khayalan itu, manusia tetap tidak tahu apa yang akan berlaku kepadanya di masa hadapan seperti firman Allah yang bermaksud :
Dan tiada seorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok ( sama ada baik atau pun jahat ) (luqman:34).
Oleh kerana itu, kita perlu membuat persiapan untuk masa depan agar kita lebih bersedia dengan segala yang bakal mendatang. Ini juga yang dituntut dalam Islam seperti yang termaktub dalam firman Allah yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhannya dan meninggalkan larangannya)dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan ( dari amal-amalnya ) untuk hari esok ( hari akhirat )...
Malah, dalam sepotong hadis, disebut bahawa orang yang berakal hendaklah membahagikan masanya kepada empat dan satu daripadanya ialah untuk memeriksa diri. Kita digalakkan untuk bermuhasabah diri pada setiap hari sebelum tidur. Namun, jika kita tidak melakukannya setiap hari, kita digalakkan melakukannya seminggu sekali. Jika itupun kita tidak lakukan, maka lakukan sebulan sekali. Tetapi, jika itu juga kita tidak lakukan, ambillah kesempatan perubahan tahun ini untuk memeriksa diri, apakah kebaikan yang telah kita lakukan dan apa pula keburukan yang telah kita akibatkan, dan berazamlah untuk membaiki keadaan.. Atau sekurang-kurangnya, kita cuba menilai diri dengan empat kriteria yang termaktub dalam maksud hadis Rasulullah s.a.w yang berikut :
Tidak akan berganjak kaki anak Adam di hari kiamat hingga disoal tentang empat perkara : tentang usianya pada apa yang dihabiskan. Tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkan. Tentang harta dari mana datangnya dan kemana telah dibelanjakan dan Tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya...
Korang teringat tak masa kecik-kecik atau zaman kita main pondok-pondok atau masak-masak dulu... dan korang renungkan sejenak zaman dulu dengan zaman kita sekarang ni. Tentu banyak perubahan kan. Maklum la dulu masa bebudak berhingus lagi tak pandai nak bergaya tak pandai nak melawa.... hehehehe sekarang dah cunnnn giler :P Cunnn ker???? Ehh.. cun aper... Buah hati aku kate cun tau...
Tapi masa yang paling best sekali masa bercinta betul tak..? hehehehe... sebab itu pon dikira masa jugakkan...;-). Dan masa tak best sekali masa putus cinta.. Korang pernah alaminya tak? kalau pernah adat le tu tapi yang tak pernah lagi tu.. Gua Caya Sama Lu ( kira aku respect le jugak, sebab sama nasib seperti aku ). Sebab bagi aku.. masa yang lalu akan ku sandarkan pada kenangan... Cheehhhhh... teringat plak lagu Jamal Abdillah+Ogy Ahmad Daud... Hari ini dan dan semalam akan kujadikan impian dan masa-masa mendatang akan aku jadikan cabaran dan rintangan...
Hahhhh... Panjang lebau tazkirah aku kali ini..... Puas hati aku... Segala yang ade di dalam hati ini telah ku luahkan... Dalil2 Nakli tu aku cedok dalam kitab tau... Dalil2 Aqli tu pulak datangnye dari dalam hati ini... So sempena topik ini, aku rase bersesuaianlah aku titipkan picture di bawah ini.... Hehehehehe... Pemberian buah hati tersayang tau.....
No comments:
Post a Comment