Musim2 Hari Raya ni, anak2lah yang paling seronok sekali. Mereka semestinya tidak sabar untuk meraikan hari lebaran itu terutamanya apabila mengingatkan duit raya yang bakal diterima. Anakku sebelum dapat duit raya lagi sudah berangan2 untuk membeli pelbagai barang dengan menggunakan duit raya yang diperolehi. Lagipun bukan mudah untuk mengumpul duit yang banyak dalam masa yang singkat.
Setahun sekali, bagi aku itulah peluang yang ada dan apalah salahnya berbelanja dengan duit mereka sendiri. Walau bagaimanapun, sebagai ummi mereka, aku perlu mengingatkan kepada anak2 bahawa duit yang ada tidak boleh dibelanjakan sesuke hati mereka, malah membantu menanamkan di dalam diri mereka sikap suka menabung.
Bagi aku tabiat menyimpan atau menabung adalah nilai murni dan harus disemai sejak kecil lagi kerana wang simpanan itu boleh dijadikan kegunaan pada masa hadapan mereka. Bagi aku juga untuk mendidik anak menabung, tidak perlu menunggu sehingga mereka besar kerana untuk menerap nilai murni itu tiada jangka waktu tertentu yang ditetapkan.
Aku berharap didikan, galakan menabung ini dapat dikekalkan sehingga mereka memasuki alam persekolahan.
No comments:
Post a Comment