Wednesday, September 23, 2009

~ BaLiK KaMpUnG D HaRi RaYa ~

Nota untuk buah hatiku :-
Setiap kali Ramadhan berada dipenghujungnya, irama dendangan Allahyarham Sudirman Hj. Arshad akan mula kedengan di corong2 radio menandakan bahawa sudah tiba masanya untuk semua anak perantau pulang ke kampung masing2 bagi meraikan 1 Syawal bersama keluarga tercinta.
Bait liriknya yang penuh bermakna itu seakan menggamit hati warga kota untuk segera pulang berhari raya di desa tercinta.
Wajah insan yang tersayang, sejuk air sungai yang mengalir serta panorama menghijau, gunung dan rimba serta merta terbayang di ruang mata dan itulah membuatkan perasaan untuk menyambut Aidilfitri di kampung halaman semakin meluap - luap.
Dan itulah juga perasaan yang dialami oleh buah hatiku... Pada saat warga kota mula meninggalkan Kuala Lumpur untuk pulang ke kampung halaman, buah hatiku juga tidak ketinggalan mengikuti jejak langkah mereka... Walau pun lewat, yang penting tetap akan sampai...
Situasi berbeza dengan diriku... Balik ke kampung adalah menjadi rutin wajib apabila mempunyai kelapangan waktu... Dahulu ketika di zaman kanak2. tiba hari rayalah baru kakiku ini melangkah ke kampung.. Tetapi kini, segala2nya telah berubah....
Di bawah ini, picture2 ku dan anak2 ketika beraya di kampung....





No comments:

Post a Comment