Selepas selesai jer makan bersama buah hati di JUSCO Food Court aritu, dalam perjalanan keluar aku terpandangkan kuih tradisional Melayu ni… Tetibe jer ingatanku terfokus kepada anak-anakku yang 4 orang tu… Perghhhh… kalaulah dorang ternampak kuih baulu ni, mau roboh agaknya pasaraya ni… Tanpa membuang masa, aku pun membelilah setupperware baulu tersebut dengan menggunakan duit buah hatiku yang tersayang. Mahalnye… Hehehe… Tak mengapalah…demi untuk anak-anak yang tersayang… Untuk pengetahuan umum, semua anak-anakku memang minat yang teramat sangat dengan kuih tradisional ni…Dorang kalau makan, takkan ingat sesiape dah waimapun ummi dorang sendiri… peluang untuk merasa kongsi kesedapan baulu tu, amatlah tersangat nipisnya…
Aku tidak pernah melarang dorang bahkan makin menggalakkan lagi minat dorang tu.. Almaklumlah anak-anak zaman sekarang ni, manelah pandang sangat dengan kuih tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri tersendiri… Lagi pun yang pentingnya kuih tradisional Melayu ni manelah ade bahan pengawet dan pewarna yang tidak diluluskan… so aku x perlulah bimbang akan keselamatan kesihatan mereka ni..
Sefahaman aku, kuih baulu ni terdapat 3 jenis..itu yang aku taulah… Baulu Cermai, Baulu Ikan dan Baulu Gulung… Dahulu, kuih tradisonal ni sangat popular terutamanya di hari raya. Tetapi dengan kaedah moden sekarang ni, kuih baulu seperti Baulu Cermai dan Baulu Ikan ni telah mudah didapati di kedai-kedai dan pasaraya pada bila-bila masa… Mungkin disebabkan mendapat sambutan orang ramai kot… Tetapi Baulu Gulung pula sukar untuk didapati, kalau nak pun ianya perlu ditempah dari pembuat kuih tradisonal..
Alamak!!! Tetiba anak tekak ni terasalah pulak nak makan kuih baulu...Mane nak cari ni??? Hissss... masalah, problem.. mesti cari gak ni...

No comments:
Post a Comment