Sunday, May 3, 2009

~ UdAnG Oh UdAnG ~


Minggu lepas, aku pergi ke night market (pasar malam ler tu…) bagi mencari menu-menu untuk dijadikan hidangan dinner bagi aku dan anak-anak, dalam perjalanan balik selepas berpuas hati dengan pembelian hidangan yang bakal disantap bersama, aku terpandangkan seorang lelaki tua duduk di atas bangku kecil menjual udang. Sepingan RM 3. Dari pandangan mata kasarku yang rabun ini, nampaknya segar udang-udang yang bersaiz sederhana tu… Tinggal hanya 4 pinggan sahaja.

Aku pun mengambil keputusan secara drastic untuk membeli keempat2 pinggan tersebut dengan harga yang amat memeranjatkan iaitu RM 10.. Selain daripada ayam dan sotong, udang menjadi hidangan laut wajib aku sekeluarga. Ketiga-tiga hidupan laut ini mesti ade di dalam peti aisku. Ikan xde, xmengapa… Sebab mood masakku ni selalunya berubah-ubah. Aku lebih preffer masak masakan yang ringkas, tidak mengambil masa yang lama dan yang paling penting sekali masakan tersebut mestilah mengenyangkan seperti nasi goreng, mee or bihun goreng… So udang-udang tersebut sesuailah untuk dijadikan rencah di dalam bakal masakanku nanti. Lagipun udang adalah merupakan sumber protein, vitamin dan mineral yang amat baik.

Mungkin terasa pelikkan kenapa aku mengambil keputusan untuk memborong kesemua udang-udang tu. Bukannya rumahku nak wat kenduri pun... Kalau nak tahu... Niatku cuma satu, selain dari mengisi ruangan peti aisku yang hampir kosong, secara xlangsungnya aku telah membantu menyelesaikan tempoh urusniaga pakcik tersebut di dalam tempoh masa yang awal. Biarlah pakcik tu balik awal, sekurang-kurangnya dapat berehat serta meluangkan masa bersama isteri dan anak-anaknya. Ikhlas tau niatku itu…

No comments:

Post a Comment