Monday, May 18, 2009

~ MeMbAcA JaMbATaN ILMu ~












Amalan membaca memang telah kusedari kepentingannya dari dulu lagi. Kehidupanku mengenai membaca melalui beberapa fasa mengikut proses yang kualami… Kita titip bersama dari satu fasa ke satu fasa :-
a) Fasa 1 – Pelajar
Sumber pembacaan tertumpu kepada buku-buku ilmiah iaitu buku teks dan buku rujukan yang hanya bersangkutpaut dengan pembelajaran.
b) Fasa 2 – Kekasih
Pembacaanku lebih terdorong kepada buku-buku novel yang berkaitan dengan cinta.
c) Fasa 3 – Tunang
Aku menjadikan buku-buku berkaitan persiapan untuk perkahwinan serta majalah-majalah berkaitan dengan perkahwinan sebagai bahan rujukan untuk persiapan hari bahagia.
d) Fasa 4 – Isteri
Sebagai isteri, semestinya aku inginkan yang terbaik untuk suami yang tercinta, so aku banyak membuat rujukan di dalam majalah-majalah yang banyak ilmu pengetahuan seperti Mingguan Wanita yang memberi info yang berguna serta tips-tips untuk wanita yang bergelar isteri bagi menempuh alam perkahwinan.
e) Fasa 5 – Ibu
Apabila doctor telah mengesahkan bahawa aku bakal menjadi ibu, sumber pembacaan ku beralih kepada buku-buku yang khas untuk wanita hamil dan majalah seperti Pa & Ma.
f) Fasa 6 - Kini
Apabila aku bersendirian kembali, bagi mengisi masa terluang dan untuk menghilangkan kebosananku.. Membaca adalah langkah yang amat terbaik kulakukan. Tapi kini sumber pembacaanku beralih kepada buku-buku ilmiah bagi memotivasikan diri agar menjadi insan yang terbaik.. Itulah sebenarnya azamku kini.. Untuk menjadi yang terbaik…Tiada lagi majalah hiburan, no kepada novel2 cinta k.. Semua itu telah lama kutinggalkan.. Walau pun rakan sekerja, mengutuk mengatakan bahan bacaanku adalah sumber memboringkan tapi padaku ianya banyak info yang berguna untuk membentuk keperibadian dan jati diri. Peduli apa yer tak? Bukannya pakai duit mereka pun….

Bagi aku membaca adalah suatu kegiatan yang amat penting dalam kehidupan harianku kerana ianya boleh membentuk pemikiranku menjadi kreatif. Tapi kratif ker?? Harap-harap begitulah.. Tidak hairanlah jika ungkapan “Membaca Jambatan Ilmu” sering kali digunakan untuk menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca dalam mencari ilmu pengetahuan.
Aku mahu menjadi manusia berilmu yang selalunya dikaitrapatkan dengan insan berbudaya membaca. Minat membaca adalah berkaitan rapat dengan budaya ilmu kerana minat ini merupakan suatu ciri pembangunan budaya dalam masyarakat yang berorientasikan pendidikan dan pembacaan.

Amalan membaca perlu dijadikan suatu budaya dalam masyarakat kita. Banyak faedah sebenarnya melalui pembacaan ni seperti :-
a) Pelbagai ilmu pengetahuan dapat diperolehi dengan mengamalkan tabiat membaca.
b) Boleh meningkatkan daya fikiranku
c) Masa lapang dapat diisi dengan cara yang berfaedah
d) Memperolehi keseronokan dan kepuasan diri
e) Dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan bebanan kerja
f) Menyebarkan ilmu pengetahuan yang diperolehi kepada orang lain. InsyaAllah.
g) Mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara negative yang tidak mendatangkan manfaat kepada diri.

Secara kesimpulannya, kehidupanku akan menjadi lebih sempurna sekiranya aku membudayakan amalan membaca. Dan yang pentingnya aku xnak dikatakan kehidupanku ini seperti "katak di bawah tempurung..".

No comments:

Post a Comment