Sunday, May 3, 2009

~ MuSiM bUaH tIbA lAgI ~











Setiap orang di dalam dunia ini pasti mengenal buah ini. Bentuknya bulat, isinya berwarnanya kuning, warna kulitnya apabila muda berwarna hijau, dan apabila telah masak kulit akan berubah warna kekuningan. Ramai yang kata rasanya manis. Manggaku ini sebenarnya telah berada di status wakaf. Tapi tak taulah sebab musababnya kenapa tuan tanah kedaung ni, tidak meminati buah ini walaupun telah ramai yang kata buah manggaku ini adalah yang terbest in the world.. Boleh caye ker ni??? Ayat nak jage hati kot… Biaselah buah free… Sebagai tanda terima kasih, memuji tidak salah kot… Tapi jangan terperanjat kalau aku katakan dek kerana kesedapan yang berada di tahap melampau, ade hamba Allah yang sanggup untuk membelinya...

Info dari internet mengatakan buah mangga ini adalah tanaman yang berasal dari India. Namun kini, banyak ditanam di seluruh pelosok dunia. Pokok manggaku ini biasanya secara normal akan berbuah lebat setahun sekali, itupun di hujung tahun. Tapi peliknya, pada tahun ini baru bulan April sudah lebat berbuah… Orang tua-tua kata, pokok mangga akan berbuah lebat seandainya di tanam di kawasan yang berhawa panas. Pokok ku ini sebenarnya hampir-hampir nak ditebang oleh arwah suamiku dulu, ape taknya, 3 tahun tanam, namun x reti2 nak berbuah… ingatkan mandul.. rupa-rupanya pokok ku ini mengikut resmi tuannya… Masihku ingat lagi, musim pertama hanya berbuah 3 biji sahaja… Musim kedua 5 biji. Musim Ketiga dan seterusnya barulah berbuah lebat sehingga tidak terlarat untukku mengiranya.

Mangga ni mempunyai banyak jenis. Ribu-ribu jugak kot jenisnya. Selain mempunyai rasa yang manis, mangga jugak memiliki khasiat yang baik untuk kesihatan. Sebabnya buah ini mengandungi zat-zat yang sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia seperti mineral, protein, karbohidrat, kalori, kalsium, besi, dan magnesium. Betul kah? Nampaknya after ini terpaksalah aku menikmati kelazatan mangga ku ini…

Di antaranya khasiat mangga ( Info dari internet jugak ni... ) :-
- Ahli saintis menyakini bahawa mangga adalah sumber karotina yang disebut beta karotina.
- Mangga juga kaya vitamin antioksida seperti vitamin C dan E. Sebiji buah mangga mengandungi 7 g serat yang dapat membantu sistem pencernaan. Sebagian besar serat larut di dalam air dan dapat menjaga kolesterol agar berada di tahap normal.
- Mangga memiliki unsur kimia, sebagai penyegar dan penambah kepada nafsu makan.
- Kandungan asam pada mangga sangat baik untuk saluran pencernaan yang sangat baik untuk kesihatan mata dan mulut.
- Mangga juga berkhasiat membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, diantaranya radang kulit, influenza, asma, gangguan penglihatan, gusi berdarah, radang saluran penafasan dan sesak nafas.
- Selain daripada itu juga, mangga boleh mengatasi bisul, kudis, mabuk dalam perjalanan, masalah cacing, kurang nafsu makan dan masalah keputihan.

No comments:

Post a Comment