Aritu kan ker pengasuh sekeluarga termasuk farra dan nana balik ke kampung mereka di Mersing, Johor. Balik dari sana dorang ade bagi ole-ole dari Mersing iaitu Nanas Mersing...
Ok, info dari internet mengatakan nenas adalah sejenis tumbuhan tropikal yang berasal dari Brazil, Bolivia dan Paraguay. Nenas mengandungi banyak khasiat vitamin A, B dan C. Ia juga mengandungi asid sitrik yang berkesan untuk menhilangkan lemak dan menguruskan badan. Selain daripada itu, jus nenas juga boleh mencuci tubuh, melawaskan pembuangan air kencing, merangsangkan penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning.
Comel jer saiz buah nenas pemberian pengasuh tu.. Kata pengasuh, rasenye manis dan sedap. Tapikan aku sebenarnya sedikit pun tak terliur... Almaklumlah sebenarnya aku dan nenas ni ade tragedi ngeri yang tidak mungkin dapat aku lupakan...Kisah ini terjadi pada tahun 1995 sewaktu peperiksaan percubaan SPM. Disebabkan kerana khasiat buah nenas tu, aku menjadikan nenas adalah santapan wajib setiap hari.
Untuk pengetahuan umum, bentuk fizikalku sebenarnya memang dari anak dara sudah seperti ini. So dengan niat yang murni aku mengharapkan konon-kononnye dengan memakan nenas, berat badanku akan berkurangan. Tetapi apa yang diharapkan, lain pula yang terjadinya.. Aku tertumpah darah yang teramat sangat di dalam dewan peperiksaan... Hampir pitam aku apabila tengok darah yang banyak... Jangan kata uniformku, kerusi yang aku duduk tu pun telah bertukar warna.. Nasib baiklah ade member2 yang membantuku.. Aku terpaksa menunggu sehingga dewan peperiksaan kosong barulah dapat aku bangun dari kerusi untuk ke toilet.. Sejak dari tragedi itu, aku memang takut dan serik untuk makan NENAS ni dan aku taknak tragedi itu berulang kembali...

No comments:
Post a Comment