Cincin adalah simbol ikatan cinta sepanjang masa. Buah hatiku menghadiahkan aku sebentuk cincin..Eh... ape plak sebentuk? Salah tu... Dua bentuklah... Cincin ini menjadi penanda awal hubungan kami dan melalui cincin tersebut ianya secara terbukti dapat menjelaskan status aku sebenarnya. Aku amat gembira dengan kehadiran cincin ini di jari manisku…Pilihan buah hati yang bijak, amat praktikal dan sesuai untuk dipakai hari-hari tanpa perlu membukanya setiap hari.
Aku telah berjanji dengan diriku sendiri bahawasanya cincin pemberian buah hatiku ini akan ku pakai sentiasa... Aku tidak pasti kenapa aku akan berasa dekat dengan buah hati apabila setiap kali aku memandang cincin ini... Walaupun dia tidak pernah melafazkan melalui kata-kata tapi aku tahu bahawa cincin ini adalah sebagai tanda kasih sayang dia kepadaku.. aku amat terharu dengan pemberian tersebut kerana dia akan menjagaku hingga ke akhir hayatnya..Insya Allah... Terima kasih sayang... Ummi sayang ayah...
biarkan cinta ini menyaluti hidupmu umpama bintang gemintang menghias bulan. umpama awan gemawan berarak menyongsong malam melayari kerinduan. Cinta ini mengulit hidupmu.rindu ini mendakap jagamu..kerna hati ini terlalu tulus pada dirimu..Janganlah lafaskan kata-kata perpisahan. jangan ungkapkan kata-kata yang menyakitkan jangan tinggalkan dirik ayah umi. cinta ini hanyalah buat umi..sesungguhnya ayah amat mencintai umi…..
ReplyDelete