Friday, May 1, 2009

~ MaDu ???? ~
















Info dari internet mengatakan bahawa madu ini adalah berasal daripada nektar tumbuhan-tumbuhan yang terdiri daripada fruktosa dan glukosa yang memudahkan ianya tercerna menjadi tenaga. Madu juga kaya dengan vitamin, mineral, kalium, kalsium, natrium, besi, fosfat, zink, vitamin B1, B2, C, B6 dan B3.

Madu lebah telah dikenali sejak zaman pemerintahan Firaun iaitu 300 tahun Sebelum Masihi. Kemasyuran madu sebagai satu kaedah penjagaan kesihatan kemudiaannya menular hingga tamadun Parsi, Greek dan Rom. Sejarah perubatan Islam juga banyak menggunakan madu untuk tujuan perubatan. Masyarakat Arab di Timur Tengah tidak dapat dipisahkan sebagai minuman kesihatan harian. Masyarakat Cina juga telah lama mengamalkan pemberian madu kepada anak-anak kecil.

Mengapa dan kenapa aku tetiba teruja untuk mencari info mengenai MADU??? Ape taknye, time on the way balik dari Cameron aritu, kan ker buah hati bawa kami singgah di Highlands Apiary Farm iaitu tempat pembiakan lebah. Time kat situ, buah hati belikan kami madu. Aku sebenarnye kurang info pasal madu ni. Yerlah tidak pernah diberi pendedahan mengenai madu.. Yang aku tahu madu ni, adalah dari lebah.. Dan satu lagi isteri yang suaminye berkahwin lebih dari 1.. Bakal memiliki "madu...". Isu sensitive tu... Hehehe... Itu jer... Bab-bab khasiat madu lebah ni, sorry...xtau ape2...Zerro... Rase kat tekak pun xpernah tu... Tapi taulah, madu tu manis... Kalau tak tau madu tu manis, jangan jadi orang mcamtu...

Pelik jugak bile buah hati kate ini untuk ummi... Alamak!!! nak buat ape dengan madu ni... Ade yang jadi Tok Pekong dalam peti ais ni... Buah hati kate bagi anak-anak makan... Elok untuk kesihatan anak2... O yer ker?? Elok ker untuk anak-anak? Bukan ker biasenye madu ni untuk orang lelaki makan bersama dengan telur ayam kampung.. Ubat kuat orang kate... Kuat ker?? Ape yang kuat??? Tuttttttttttttt... Hehehehe...

Yang bestnye baru aku tahu bahawa madu ini ada pantang larangnya..
1. tidak boleh disimpan di dalam peti ais. So wajib disimpan di dalam suhu bilik..
2. tidak boleh makan dengan menggunakan sudu besi. So gunalah sudu kaca or sudu plastik..
Nanti hilang khasiatnye... Ooooo....

Jadi untuk menambahkan ilmu mengenai madu, aku pun layarilah internet... Rupa-rupanya madu ini banyak manfaat n khasiat especially untuk anak-anak.. Sesuai untuk anak-anak yang tidak mempunyai selera makan. Apabila mengamalkan madu, seleranya akan terbuka dan meningkat. Begitu juga kalau anak-anak panas badan dan kerap buang air besar.

Madu ini hanya sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 6 bulan ke atas. So anak-anak ummi semuanye sesuai n mencapai piawaian untuk makan madu ok... Madu yang sebaiknya diberikan kepada anak-anak adalah MADU MONOFLORA. Apakah itu??? Madu yang segar dan tidak diproses (dimasak/dikeringkan) yang disebut RAW HONEY. Sebaik sahaje mengetahui, fakta tersebut aku pun membelek-beleklah kotak madu yang buah hati bagi tu... Yessss... memang tertera perkataan RAW HONEY... Pilihan yang TEPAT.. Kajian mendapati madu tidak akan dijangkiti bakteria kerana bakteria tidak akan dapat hidup di dalam madu. Ini adalah disebabkan faktor zat kalium yang menyedut lembapan bakteria.

Kepekatan madu dipengaruhi oleh suhu dan kandungan air. Manakala bau dan rasanya bergantung pada sumber tumbuhan yang diambil oleh lebah. Madu yang beku atau berbuku-buku bukan bermakna ia rosak. Ini adalah kerana disebabkan kandungan gula di dalamnya berlebihan.

KEISTIMEWAAN MADU :-

a) Mudah Dicerna
Membantu ginjal dan usus berfungsi dengan baik.

b) Rendah Kalori
Jika dibandingkan dengan jumlah gula, kandungan kalori madu 40 % lebih rendah. Meskipun membekalkan jumlah tenaga yang besar, namun madu tidak menambahkan berat badan.

c) Mencerdaskan Minda
Madu yang dicampurkan dengan air hangat sangat besar manfaatnya. Molekul gula yang terdapat di dalam madu berupaya menjadikan minda cergas kerana otak merupakan organ di dalam tubuh yang banyak memerlukan gula.

d) Pembentukan Darah
Madu menyediakan tenaga untuk tubuh dalam proses pembentukan darah. Ia juga turut berperanan dalam mengatur dan membantu kelancaran peredaran darah.

So secara kesimpulannya, madu ini banyak khasiat especiallynya untuk anak-anak yang sedang membesar dan rasa-rasanya tidak rugi seandainya ianya menjadi stok wajib simpanan di rumah...

No comments:

Post a Comment