Friday, May 22, 2009

- BiSnEsS LaGi ?? -











Ini adalah satu persoalan yang kadangkala boleh menjadi sesuatu yang hangat untuk diperbincangkan.

Orang2 yang makan gaji biasanya akan memberikan hujah..
” Makan gaji ler senang.. cukup bulan mesti dapat gaji! Tak payah susah-susah nak pening kepala”
” Syarikat tempat saya bekerja amat bagus, selain dapat gaji yang tinggi, mereka turut memberikan saya perlindungan insurans, potongan KWSP, elaun rumah & kereta serta tanggungan perubatan untuk saya sekeluarga.”
” Saya kerja kerajaan, bila dah tua nanti senang! Dapat duit pencen!”

Manakala orang yang berniaga pula akan berkata..
“Berniaga lah bagus.. kan 9/10 rezeki tu adalah dari perniagaan”
“Dengan berniaga sendiri, saya adalah bos dan saya bebas untuk melakukan apa yang saya suka..”
“Pendapatan saya kini adalah 9 kali ganda lebih banyak dari pendapatan sewaktu bekerja makan gaji dulu.”

Bila memikirkan persoalan ini, kadangkala, ia membuatkan aku merasakan seperti, berhenti kerja dan membuat perniagaan sendiri sepenuh masa itu adalah lebih baik, tetapi kadangkala, pada satu-satu masa, aku merasakan, bekerja makan gaji itu pun sesuatu yang baik juga.

Sehinggalah suatu hari, aku berbual dengan seorang pakcik yang telah bekerja makan gaji seumur hidupnya… aku bertanyakan beliau, mengapa beliau masih terus bekerja walaupun umurnya sudah melebihi umur pencen? Tidak teringinkah membuka perniagaan sendiri? dan aku turut bertanyakan pendapat beliau tentang persoalan diatas, mana yang lebih baik diantara makan gaji dengan berniaga sendiri?.

Dan jawapan beliau….
“Sebenarnya… ia bukanlah sesuatu perkara yang penting untuk menentukan yang mana lebih baik… asalkan anda gembira dengan apa yang anda lakukan! Itu lah yang terlebih baik.”
Pling!…

Selepas itu aku tersedar… sesetengah orang sememangnya amat gembira untuk bekerja makan gaji. (Yer! Aku jumpa ramai orang macam ini) . Mereka suka dengan kerja yang mereka lakukan, mereka gembira dengan semua rakan-rakan di tempat kerja dan mereka hidup gembira dengan keadaan itu.

Dan sesetengah orang pula, sangat gembira menjalankan perniagaan sendiri sendiri, mereka bebas melakukan apa yang mereka suka lakukan, mereka gembira dengan hasil pendapatan yang mereka perolehi dan mereka hidup gembira dengan keadaan itu.
Jadi? Apa masalahnya?… As long as you happy… it’s a great thing, isn’t it?…

Sesetengah orang memang tidak mengimpikan untuk menjadi jutawan, dan sesetengah orang memang tidak boleh bekerja atas arahan orang lain.
Walau apa pun pilihan anda…. antara makan gaji dengan berniaga sendiri? Pastikan anda gembira melakukannya…

Aku? Buat masa ini, aku gembira melakukan kedua-duanya… hehehehe... Akukan dibesarkan di bawah tong duit, so bisness mesti bisness walaupun untungnye kecil.... Inilah bisnessku sekarang ini, menjual tudung kepada opismate... yang bestnye tidak memerlukan modal TAPI mesti untung...

No comments:

Post a Comment